- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 16
PROGRAM RESKILLING , UPSKILLING DAN PROFESSIONAL (RUP) 2026 JABATAN PERKHIDMATAN SUKAN
Bandar Baru Bangi - Telah berlangsung dengan jayanya Latihan Bagi Kursus Body Composition Analysis and the Use of InBody in Fitness Training yang diadakan di Uptown Sport Centre , Bandar Baru Bangi.
Sepanjang empat hari program berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi teori dan latihan praktikal yang merangkumi pengenalan kepada mesin InBody, kaedah penggunaan mesin, analisis komposisi badan, interpretasi keputusan InBody, latihan fleksibiliti, mobiliti, latihan kekuatan (strength training), weight lifting, aktiviti range of motion, analisis data serta sesi soal jawab bersama tenaga pengajar.
Pengajar Bidang Terapi Sukan mengikuti latihan secara aktif bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi InBody sebagai alat penilaian komposisi badan untuk aplikasi kecergasan dan latihan sukan.Penceramah yang di undang ialah En Rahmat , Bull Fitness Personal Trainer , Mr Patrick dan En Thariq, GolfHub dalam menjayakan program ini.
Program ini bertujuan meningkatkan kompetensi peserta dalam mengendalikan mesin InBody, mentafsir keputusan analisis komposisi badan serta mengaplikasikan data tersebut dalam perancangan program latihan kecergasan secara lebih sistematik dan berkesan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, tenaga pengajar serta urus setia yang telah menjayakan program ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
