- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 22
PELAJAR MOTORSPORTS IKSN TIMBA PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN FORMULA 1
SEPANG, 4 Oktober 2026 – Seramai sembilan orang pelajar Jabatan Teknologi Sukan Permotoran (JTSP), Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah terpilih menyertai program sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada 1-4 Oktober 2026 yqng lalu.
Penyertaan pelajar JTSP IKSN diketuai oleh Encik Mohd Norhisam bin Kamarudzaman selaku pegawai pengiring. Penglibatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar terhadap pengurusan dan operasi acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa.
Sepanjang program, para pelajar berpeluang menimba pengalaman dalam persekitaran sebenar industri motorsport, sekali gus memperkukuh aspek kemahiran teknikal, disiplin, komunikasi, kerja berpasukan serta profesionalisme yang menjadi elemen penting dalam pembangunan graduan TVET berkualiti.
Penyertaan tersebut juga menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman yang amat bernilai kepada pelajar JTSP apabila mereka dapat melihat sendiri standard kerja, koordinasi serta keperluan operasi dalam penganjuran acara sukan permotoran berskala besar.
Penganjuran kali ini turut mencatatkan kehadiran seramai 264,000 penonton, sekali gus memberikan pengalaman unik kepada para pelajar untuk terlibat dalam suasana acara yang menerima sambutan luar biasa daripada peminat sukan permotoran.
IKSN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, urus setia, sukarelawan serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam memberi ruang serta peluang kepada pelajar IKSN memperoleh pengalaman industri yang bermakna.
Penglibatan ini selaras dengan komitmen IKSN dalam melahirkan graduan TVET yang berkemahiran, berdisiplin, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri, khususnya dalam sektor sukan permotoran.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
