Program Qiamulail Ramadan IKSN Semarakkan Penghayatan Ibadah

    Program Qiamulail Ramadan IKSN Semarakkan Penghayatan Ibadah

    BANTING - Program Qiamulail Ramadan 1447H anjuran Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) berjaya dilaksanakan bagi menghidupkan malam Ramadan melalui pengisian ibadah dan penghayatan rohani.

    Program yang melibatkan penyertaan kakitangan serta pelajar IKSN itu bermula seawal 3.30 pagi dengan pelaksanaan solat tahajud, solat taubat, solat hajat serta zikir dan munajat.

    Pengisian ibadah tersebut dipimpin oleh Imam Jemputan, Al-Fadhil Ustaz Aiman Asyraf bin Aswari yang juga merupakan Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

    Selain ibadah qiamulail, peserta turut mengikuti tazkirah ringkas Ramadan yang menyentuh mengenai kelebihan menghidupkan malam Ramadan serta kepentingan meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

    Program diteruskan dengan aktiviti sahur bersama sebelum para peserta menunaikan solat Subuh secara berjemaah sebagai penutup pengisian program.

    Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan amalan ibadah malam, malah mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga IKSN sepanjang bulan Ramadan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.