BANTING - Kejohanan Tertutup Woodball PWKL Sirkit 1/2026 telah dianjurkan oleh Persatuan Woodball Kuala Langat pada 7 Februari 2026 bertempat di Laman Woodball Politeknik Banting Selangor. Kejohanan ini mempertandingkan beberapa acara utama iaitu Perseorangan Terbuka Lelaki & Wanita dan Remaja Lelaki & Wanita Bawah 21 Tahun
Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan woodball dalam kalangan komuniti setempat, sekali gus menyokong usaha menjadikan woodball sebagai salah satu sukan utama khususnya di negeri Selangor.
Turut menyertai kejohanan ini ialah En. Bashirul Bin Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), serta pelajar IKSN iaitu Nur Dania Balqis Binti Faizal dan Nursyazwani Sharifah Binti Azhar.
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh En. Mohd Khazaren Bin Kusaini, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Banting Selangor.
#KBS
#ILKBS
#IKSN
#TVETMalaysia
#ProfesionalTerunggul
#MalaysiaMadani
