Inisiatif CSR oleh pihak CW Global Services kepada Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN)

    Inisiatif CSR oleh pihak CW Global Services kepada Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN)

    Banting - Satu program penyerahan sumbangan sejadah dilaksanakan hasil inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak CW Global Services kepada Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) sebagai usaha menyokong kebajikan serta kemudahan ibadah dalam kalangan pelajar dan warga institut.

    Majlis penyerahan yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi bermakna itu menyaksikan CW Global Services diwakili oleh Cik Nurul Faqihah binti Azmi menyerahkan sumbangan sejadah kepada YBrs Ts. Mohd Azmi bin Pelah, Pengarah IKSN. Turut Sumbangan ini bertujuan meningkatkan keselesaan pelatih dalam melaksanakan ibadah harian di samping memperkukuh aspek pembangunan sahsiah dan kerohanian.

    Menurut wakil CW Global Services, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti, khususnya institusi latihan kemahiran yang memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

    Program seumpama ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam memperkukuh hubungan antara sektor industri dan institusi latihan, sekali gus mencerminkan keprihatinan bersama dalam melahirkan generasi yang seimbang dari segi kemahiran, sahsiah dan nilai.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

     

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.