Perlawanan Persahabatan Sukan Antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan IKSN

    Perlawanan Persahabatan Sukan Antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan IKSN

    Kuala Langat, 5 Mei 2026 - Dalam usaha memperkukuhkan persediaan ke Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 di IKTBN Chembong, satu perlawanan persahabatan telah berlangsung antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) pada 5 Mei 2026, bertempat di Gelanggang Sukan ADTEC KL.

    Perlawanan persahabatan ini melibatkan beberapa acara sukan iaitu bola tampar, bola sepak, sepak takraw dan badminton. Setiap perlawanan memperlihatkan semangat juang yang tinggi, kerjasama berpasukan yang mantap serta komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada para atlet kedua-dua institusi.

    Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah bersama Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, En. Hus Zaidi bin Shamsu Ariffin yang sentiasa menyokong pembangunan dan kecemerlangan atlet.

    Perlawanan ini bukan sahaja menjadi medan pemanas badan sebelum kejohanan sebenar, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua institusi. Diharapkan momentum ini dapat diteruskan dalam menghadapi kejohanan yang bakal tiba.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamILKBS#Team KBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #TVET Malaysia

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.