- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 3
KEMPEN MINYAK MASAK TERPAKAI ANJURAN JAWATANKUASA EKSA IKSN
BANTING, 9 Oktober 2026 - Program Jualan Minyak Masak Terpakai telah diadakan di IKSN hari ini, melibatkan penyertaan warga IKSN serta kontraktor pembekal dewan makan.
Hasil daripada program ini, sebanyak 117.15 kg minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan untuk tujuan jualan dan kitar semula. Pencapaian ini merupakan satu usaha positif dalam menggalakkan pengurusan sisa minyak masak secara terancang serta mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.
Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengitar semula minyak masak terpakai dan memupuk amalan mesra alam dalam kalangan warga IKSN serta pihak kontraktor yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga IKSN serta kontraktor pembekal dewan makan atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga inisiatif ini dapat diteruskan secara berterusan demi menyokong usaha kelestarian alam sekitar.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
