- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 28
KOLABORASI STRATEGIK IKSN PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN
KUALA LUMPUR - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) hari ini memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama empat syarikat industri strategik bagi memperkukuh latihan kemahiran serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Majlis yang berlangsung di Matt Senam Meridian Physiotherapy Centre (M) Sdn. Bhd., Kompleks Sukan Dstar Arena, Ampang itu melibatkan Budi Home Deco, Majestica Empire, Riaslistic Interior Enterprise dan Matt Senam Meridian Physiotherapy Centre (M) Sdn. Bhd.
Kerjasama ini merangkumi bidang Teknologi Perabot dan Terapi Sukan bagi memperluaskan latihan industri, perkongsian kepakaran serta pendedahan praktikal kepada pelatih selaras dengan keperluan semasa industri.
Majlis pemeteraian disempurnakan oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKSN, Puan Zuraidah binti Yusoff serta wakil pengurusan kanan keempat-empat syarikat.
Kolaborasi strategik ini dijangka melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran tinggi, kompetitif dan bersedia memenuhi keperluan industri sekali gus menyokong pembangunan modal insan negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
