Bukit Mertajam - Pasukan Team Robot IKSN kini tampil dengan penuh keyakinan dan semangat juang dalam menghadapi Pertandingan Y-RoBoC 2026 yang berlangsung di IKTBN Bukit Mertajam dari 3 hingga 5 Julai 2026.
Segala persiapan telah dirangka rapi, termasuk latihan intensif, penambahbaikan strategi kawalan robot, serta pengukuhan kerjasama antara ahli pasukan. Dengan semangat berkobar-kobar, Team Robot IKSN menyatakan tekad mereka untuk “Ayuh kita kasi sengat” kepada pihak lawan, sebagai tanda kesungguhan memberi tentangan hebat di gelanggang teknologi ini.
Pertandingan yang menghimpunkan belia dari pelbagai institusi ini bukan sahaja menjadi medan persaingan, tetapi juga platform untuk mempamerkan inovasi dan kreativiti pelajar dan tenaga pengajar TVET dalam bidang kejuruteraan dan robotik. Team Robot IKSN berharap agar usaha gigih yang dicurahkan mampu membuahkan hasil dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan.
Semoga dengan doa dan sokongan semua pihak, Team Robot IKSN mampu menjadi pencabar utama dan mengharumkan nama institusi dalam cabaran pertandingan Y-RoBoC 2026 kali ni.
"Man jadda, wajada"💪🏼💪🏼💪🏼
