- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 28
PROGRAM INTEGRITI IKSN PERKASA GOVERNANS DAN PENCEGAHAN RASUAH
MORIB - IKSN telah mengadakan Program Integriti anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA). Program ini telah dilaksanakan di Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) dengan melibatkan seramai 35 orang pegawai IKSN yang terdiri daripada pelbagai gred.
Objektif bengkel ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai IKSN terhadap pematuhan peraturan-peraturan pegawai awam serta dasar dan pekeliling kerajaan yang berkuatkuasa. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan sokongan warga IKSN agar inisiatif pembudayaan dan penginstitusian integriti di dalam organisasi diteruskan.
Program ini terdiri daripada Ceramah Kesalahan-Kesalahan Di Dalam Akta ASPRM 2009, Perkongsian Pengalaman dan Kes-Kes Siasatan SPRM & Perbincangan Meja Bulat dan Bengkel & Simulasi: Dari Teori Ke Tindakan. Program ini dikendalikan oleh Pegawai-pegawai SPRM Negeri Selangor yang berpengalaman iaitu PsK Teo Wei Yu, Ps Firdaus bin Umar @ Adli, PKPs Mohd Redzuan bin Mohamad dan PKPs Hidayat bin Aziz. Diharapkan program ini dapat meningkatkan pemahaman pegawai terhadap implikasi kesalahan rasuah serta langkah-langkah pencegahan yang berkesan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
