KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH (TEORI & PRAKTIKAL)

    KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH (TEORI & PRAKTIKAL)

    BANTING – Seramai 20 orang pelajar Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menyertai Kursus Asas Haji dan Umrah (Teori & Praktikal) yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Banting pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

    Program anjuran PERKIM Kuala Langat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta berkaitan ibadah haji dan umrah secara teori serta praktikal.

    Antara pengisian program termasuk penerangan mengenai rukun dan wajib haji, tatacara menunaikan umrah, bacaan talbiah serta simulasi amali ibadah tawaf dan saie.

    Melalui kursus ini, para pelajar dapat meningkatkan kefahaman serta keyakinan dalam melaksanakan ibadah haji dan umrah dengan lebih sempurna di samping menghayati nilai-nilai kerohanian dan pembentukan sahsiah diri.

    Program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan serta maklum balas yang positif daripada para peserta yang hadir.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.