LAWATAN PERBINCANGAN AKHIR MOU IKSN KUALA LANGAT KE SYARIKAT MATT SENAM MERIDIAN PHYSOTHERAPY

    LAWATAN PERBINCANGAN AKHIR MOU IKSN KUALA LANGAT KE SYARIKAT MATT SENAM MERIDIAN PHYSOTHERAPY

    AMPANG - Lawatan Perbincangan Akhir Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dan Matt Senam Meridian Physiotherapy Centre (M) Sdn. Bhd. telah diadakan pada 22 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di Matt Senam Meridian Physiotherapy, Ampang bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

    Lawatan ini bertujuan melaksanakan perbincangan akhir berkaitan terma-terma Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak sebelum pelaksanaan majlis menandatangani MoU rasmi. Perbincangan dipengerusikan oleh Encik Mohamad Ali bin Ahamed bersama wakil IKSN dan pihak pengurusan Matt Senam Meridian Physiotherapy Centre yang diketuai oleh Dr. Mohd Ridzuan bin Bainan Hadi. 

    Hasil perbincangan mendapati kedua-dua pihak bersetuju terhadap kandungan draf MoU yang dibentangkan termasuk pelaksanaan latihan industri (OJT) pelajar IKSN dalam bidang Terapi Sukan, penglibatan bersama dalam program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pembangunan bahan pengajaran (WIM) serta potensi penggunaan fasiliti industri bagi tujuan latihan dan program Kampus Satelit. 

    Secara keseluruhannya, lawatan dan perbincangan ini berjalan lancar serta berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi latihan dan pihak industri. 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.