Profesionalisme Belia Diperkasa Melalui Pentauliahan SKM

    Sebanyak 255 warga perkhidmatan belia dan sukan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, 4 dan 5 pada Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 di Klana Resort Seremban.

    Majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu dilaksanakan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi mengiktiraf pengalaman kerja dan kepakaran warga belia dalam pelbagai bidang kemahiran.

    Program tersebut bertujuan memperkukuh profesionalisme serta meningkatkan kompetensi tenaga kerja dalam sektor pembangunan belia dan sukan, seiring aspirasi TVET dan agenda Malaysia MADANI.

    Dua pegawai Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Puan Norjihan binti Ngadiman dan Encik Ezat Nafis bin Badrul Hisham, turut menerima pentauliahan tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam memperkasakan tenaga kemahiran belia.

    Majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, yang menegaskan bahawa profesionalisme pekerja belia akan terus diperkukuh melalui program latihan dan pensijilan berterusan.

    “KBS komited melahirkan tenaga kerja belia berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri, sekali gus menjadikan TVET pilihan utama kerjaya masa depan,” katanya.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.