Banting - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar HEP telah melaksanakan Program Jelajah Kuasa Orang Muda dengan kerjasama Impact Integrated. Program ini telah disertai oleh seramai 156 orang pelajar.
Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada golongan belia mengenai sistem demokrasi negara, peranan wakil rakyat serta proses pilihan raya. Di samping itu, program turut menekankan kepentingan suara dan penglibatan belia dalam menentukan hala tuju serta kemajuan negara.
Sepanjang pelaksanaan program, para peserta telah menunjukkan penglibatan yang aktif dan memberikan maklum balas yang positif. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran belia mengenai amalan demokrasi serta tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#Team IKSN
#Team KBS
#TVET ILKBS
#Malaysia Madani
#Profesional Terunggul
