- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 42
KURSUS PERKASA KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015
BANTING, 8 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah melaksanakan Kursus Pengurusan Daftar Risiko & Teknik Audit Dalam bagi Sistem Pengurusan MS ISO 9001:2015.
Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 September bertempat di Bilik Seminar IKSN ini melibatkan penyertaan barisan Pemegang Prosedur, Ketua Auditor Dalaman, serta Auditor Dalaman institut.
Kursus ini dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kecekapan, pengetahuan, dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan risiko serta pelaksanaan audit dalaman secara lebih teliti dan mematuhi standard piawaian.
Sesi perkongsian ilmu dan bimbingan sepanjang kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan berpengalaman, iaitu En. Ridzuan bin Muhammad daripada Perunding Inokreatif Q.
Sepanjang kursus, peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan amali. Antara pengisian utama kursus ialah penerangan berkaitan Daftar Risiko dan Peluang MS ISO 9001:2015, hubung kait klausa, serta sesi menyemak semula daftar risiko sedia ada.
Bagi mempraktikkan kemahiran yang dipelajari, peserta turut didedahkan dengan sesi amali menerusi Kajian Kes (Mock Audit) secara terus di lapangan melibatkan proses terpilih.
Selain itu, sesi pelaporan audit turut diberi penekanan merangkumi teknik penulisan laporan ketakakuran (NCR), pengurusan peluang penambahbaikan (OFI), dan cara menutup teguran NCR serta OFI dengan berkesan agar ketidakpatuhan tidak berulang.
Tahniah kepada semua peserta dan diharapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat membantu barisan auditor dan pemegang prosedur melaksanakan pengurusan kualiti secara lebih cemerlang, seterusnya membudayakan amalan penambahbaikan berterusan di IKSN.
TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul
