PASUKAN TERAPI SUKAN IKSN BANTU PEMULIHAN ATLET SARAWAK DI SUKMA 2026

    PASUKAN TERAPI SUKAN IKSN BANTU PEMULIHAN ATLET SARAWAK DI SUKMA 2026

    Shah Alam, Selangor – Seramai tiga orang pegawai dan 16 orang pelajar dari Jabatan Perkhidmatan Sukan, Bahagian Terapi Sukan, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah terlibat sebagai Juru Urut Sukan (Sports Masseur) bagi Kontinjen Negeri Sarawak sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

    Tiga pegawai yang terlibat ialah Mohd Shahmil bin Mazeli, Nor Azlin binti Ismail dan Muhammad Azraai bin Ismail, bersama 16 orang pelajar yang bertugas di Recovery Centre Kontinjen Sarawak.

    Sepanjang temasya berlangsung, pasukan IKSN membantu atlet dalam aspek pemulihan selepas pertandingan, mengurangkan ketegangan dan keletihan otot serta membantu memastikan tahap kesiapsiagaan fizikal atlet untuk menghadapi acara seterusnya.

    Khidmat mereka melibatkan atlet daripada pelbagai acara di sekitar Shah Alam antaranya golf, badminton, wushu, ragbi, tenis, polo air, skuasy, bola tampar pantai dan futsal, selain beberapa acara lain.

    Penglibatan ini turut memberi peluang kepada pelajar IKSN mengaplikasikan kemahiran terapi sukan dalam persekitaran pertandingan sebenar serta memperoleh pengalaman secara langsung bersama atlet di temasya sukan peringkat kebangsaan.

    Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan Terapi Sukan IKSN!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.