- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 21
PROGRAM EKSPRESI BAKAT 2026 CUNGKIL POTENSI PELAJAR IKSN
KUALA LANGAT, 15 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menganjurkan Program Ekspresi Bakat 2026 Peringkat IKSN pada 15 hingga 16 September 2026.
Program yang berlangsung di Gelanggang Sukan dan Dewan IKSN ini mengetengahkan pelbagai pertandingan bagi memberi ruang kepada pelajar menyerlahkan bakat serta potensi diri.
Antara pertandingan yang dilaksanakan ialah Spelling Bee, Pertandingan Nasyid, Sport Challenge serta IKSN Idol: Pidato.
Program berkonsepkan pertandingan ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di samping mengasah kemahiran komunikasi, kreativiti, kecergasan serta keyakinan diri dalam kalangan pelajar.
Penganjuran program mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir keseluruhan pelajar IKSN dalam pertandingan dan aktiviti yang disediakan.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah.
Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan pelajar IKSN yang berketerampilan, kreatif dan berkeyakinan selain cemerlang dalam bidang kemahiran.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
