- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 17
LAWATAN PERBINCANGAN AKHIR MoU IKSN KUALA LANGAT KE SYARIKAT BUDI HOME DECO
PUCHONG - Lawatan Perbincangan Akhir Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) / IKSN Kuala Langat dan Budi Home Deco telah diadakan pada 21 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di premis Budi Home Deco, Puchong, Selangor bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Lawatan ini bertujuan melaksanakan perbincangan akhir berkaitan terma terma Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak sebelum pelaksanaan majlis menandatangani MoU rasmi. Perbincangan dipengerusikan oleh Encik Mohamad Aizuddin bin Sa'edon bersama wakil IKSN iaitu En Mohamad Ali bin Ahamed dan Muhallim bin Arshad dan pihak pengurusan Budi Home Deco yang diketuai oleh Encik Budiyami bin Sidik.
Hasil perbincangan mendapati kedua-dua pihak bersetuju terhadap kandungan draf MoU yang dibentangkan termasuk pelaksanaan latihan industri (OJT) pelajar IKSN dalam bidang Teknologi Perabot dan Teknologi Hiasan Dalaman, penglibatan bersama dalam program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), program perkongsian pakar industri bersama pelajar serta keutamaan peluang pekerjaan kepada graduan IKSN yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Pihak syarikat berbesar hati menerima kunjungan delegasi IKSN dan berharap pelaksanaan MoU ini dapat diteruskan dengan jayanya.
Secara keseluruhannya, lawatan dan perbincangan ini berjalan lancar serta berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi latihan dan pihak industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
