MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & APRESIASI TAHUN 2026 HARGAI WARGA KERJA IKSN

    MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & APRESIASI TAHUN 2026 HARGAI WARGA KERJA IKSN

    PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menghargai jasa, komitmen dan kecemerlangan warga kerjanya dalam menyumbang kepada pembangunan institusi.

    Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, yang hadir memberikan sokongan serta penghargaan kepada warga kerja atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memacu kecemerlangan institut.

    Majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang 2025 kepada lima warga IKSN yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang, dedikasi tinggi serta komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

    Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2025 ialah Bashirul bin Ismail, Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi, Nor Azlin binti Sumiran, Norjihan binti Ngadiman dan Rafidah binti Saat.

    Majlis turut memberi penghormatan kepada dua pegawai daripada Jabatan Multimedia yang telah menamatkan perkhidmatan melalui Penghargaan Khas Persaraan, iaitu Badrul Hisyam bin Ahmad Jalaludin dan Azmadi bin Talib, atas segala jasa serta sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di IKSN.

    Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen KBS dan IKSN dalam menghargai kecemerlangan warga kerja di samping menyemarakkan budaya kerja berprestasi tinggi, profesional serta berintegriti demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada institusi dan negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.