MESYUARAT HUBUNGAN INDUSTRI PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN INDUSTRI GOLF

    MESYUARAT HUBUNGAN INDUSTRI PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN INDUSTRI GOLF

    BUKIT BERUNTUNG - Satu Mesyuarat Hubungan Industri telah berjaya dianjurkan secara tiga hala yang melibatkan Bukit Beruntung Golf Club (BBGC), Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor di Bilik Rimba, BBGC, pagi tadi.

    Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi itu diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara ketiga-tiga pihak, terutamanya dalam merangka pelaksanaan latihan program kedi dan operasi golf di negeri ini.

    Inisiatif proaktif ini bertujuan untuk mendapatkan serta melahirkan lebih ramai belia Selangor yang berkemahiran dalam bidang kedi dan operasi golf, sekali gus membuka peluang kerjaya baharu buat golongan muda menerusi sokongan berterusan daripada JKM.

    Mesyuarat penting ini turut dihadiri oleh wakil-wakil utama daripada setiap organisasi :

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor :
    1. Haji Azmir bin Kassim, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
    2. Puan Haniza binti Tamin, Penolong Pengarah Kanan
    3. Puan Ezatul Nur binti Othman, Setiausaha Pejabat

    Bukit Beruntung Golf Club (BBGC) :
    1. En. Mazlan Mazman Mansur, Pengurus Kanan BBGC
    2. En. Sargunan A/L Rasaya, Operasi & Fasiliti BBGC
    3. Cik Nur Raudzatul Jannah Zulkarnain, Komunikasi Korporat BBGC

    Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) / AKBG :
    1. En. Lim Chow Kiat, Pengarah AKBG
    2. En. Muhammad bin Md Yusoff, Pengajar AKBG
    3. En. Rosmene bin Rasid, Pengajar AKBG
    4. En. Mohamad Aizuddin bin Sa'edon, Ketua Cawangan Hubungan Industri IKSN

    Kerjasama strategik ini dijangka bakal memberikan impak positif dalam melahirkan tenaga kerja belia yang berdaya saing serta memperkasakan industri sukan golf di peringkat negeri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.