TAKLIMAT IBU BAPA DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2026 IKSN

    TAKLIMAT IBU BAPA DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2026 IKSN

    BANTING - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) hari ini menerima kehadiran pelajar baharu bagi Sesi 2/2026 menerusi sesi pendaftaran yang berlangsung dengan teratur, sekali gus menandakan bermulanya perjalanan mereka dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran sukan.

    Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, telah menyampaikan amanat kepada ibu bapa dan pelajar baharu dengan menekankan kepentingan disiplin, komitmen serta pembentukan sahsiah sebagai asas kecemerlangan sepanjang mengikuti pengajian di institut ini.

    Dalam majlis yang sama, ibu bapa turut diberi taklimat mengenai sistem pembelajaran, kemudahan institut, kebajikan pelajar serta peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pengajian bagi memastikan kerjasama erat antara institut dan keluarga.

    Sejurus selesai pendaftaran, pelajar baharu memulakan Minggu Paradigma Sesi 2/2026 yang akan berlangsung selama seminggu. Program ini bertujuan memperkenalkan fungsi institut, budaya pembelajaran, peraturan, kemudahan serta membina jati diri, semangat berpasukan dan nilai profesional dalam kalangan pelajar.

    Penganjuran program ini diharap dapat membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta memulakan pengajian dalam suasana yang kondusif, sekali gus menyokong aspirasi IKSN melahirkan modal insan berkemahiran tinggi untuk pembangunan industri sukan negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.