- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 49
SETULUS KASIH, SEINDAH MEMORI : JASA ENCIK AZMADI TERUS DIKENANG
Banting, 26 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengadakan Majlis Persaraan “Setulus Kasih, Seindah Memori” bagi meraikan Encik Azmadi bin Talib, Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV6 (KC), Jabatan Teknologi Multimedia.
Majlis yang berlangsung di Bilik Seminar IKSN itu diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di IKSN.
Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Azmadi atas sumbangan beliau khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar serta membimbing pelajar sepanjang berkhidmat di institusi.
Dalam suasana penuh kenangan, Encik Azmadi turut menyampaikan ucapan persaraan dengan berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatan serta menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan, rakan-rakan sekerja dan seluruh warga IKSN atas kerjasama serta persahabatan yang terjalin.
Majlis turut menjadi medium buat warga IKSN mengenang perjalanan kerjaya beliau serta menghargai segala ilmu, pengalaman dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Seluruh warga IKSN mendoakan semoga Encik Azmadi sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa baharu selepas persaraan.
Jasamu akan kami kenang sentiasa.
