- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 24
Penanda Aras Bengkel Sukan Permotoran IKSN Ke Perlumbaan K Car Global 2025
Sepang - Jabatan Sukan Permotoran, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), telah melaksanakan satu Lawatan Penanda Aras ke acara K Car Global 2025 Sepang 24 Hours Endurance Track Day, yang berlangsung pada 21 hingga 23 November 2025 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.
Lawatan ini dianjurkan bagi memberi pendedahan industri sebenar kepada para pengajar Bengkel Sukan Permotoran IKSN, khususnya berkaitan pengurusan acara endurance, standard teknikal perlumbaan, prosedur keselamatan, serta perkembangan terkini dunia sukan permotoran di peringkat antarabangsa serta menjadi elemen wajib bagi penilaian pelajar bagi Cu05 dan Cu06 kelak iaitu melibatkan pelajar dan penilaian di dalam perlumbaan.
Acara 24 jam ini merupakan program dwitahunan yang menghimpunkan kelab dan komuniti sukan permotoran dari seluruh dunia. Penganjuran K Car Global 2025 turut mengekalkan reputasinya sebagai platform perlumbaan endurance yang memupuk kerjasama pasukan, strategi teknikal, serta inovasi dalam penyediaan kenderaan kategori K-Car.
Seramai enam (6) orang pegawai IKSN telah terlibat dalam lawatan ini, iaitu:
Senarai Pegawai / Pengajar Yang Terlibat
En. Mohd Anwar Siddiq bin Abd Jalil
Ketua Jabatan Sukan Permotoran
Ts. Muzri Affandi bin Jamaluddin
Ketua Bahagian Jabatan Sukan Permotoran
En. Mohd Norhisam bin Kamarudzaman
Pengajar Jabatan Sukan Permotoran
Tc. Shazly Farith bin Mohd Ilias
Pengajar Jabatan Sukan Permotoran
En. Azaq bin Abdul Hamid
Pengajar Jabatan Sukan Permotoran
En. Hashim Bin Ibrahim
Pengajar Jabatan Sukan Permotoran
En. Muhallim Bin Arshad
Pengajar Jabatan Sukan Permotoran
Lawatan ini menjadi platform penting dalam memastikan kandungan latihan di IKSN sentiasa relevan, kompetitif dan selaras dengan keperluan industri permotoran masa kini. Dapatan daripada lawatan ini akan dijadikan rujukan dalam peningkatan modul latihan, pembelajaran hands-on serta persediaan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia perlumbaan sebenar.
IKSN merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan K Car Global atas kerjasama dan akses yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga hubungan strategik ini terus mengukuhkan usaha IKSN dalam melahirkan tenaga mahir TVET yang berdaya saing dalam industri sukan permotoran.
#ILKBS
#TeamKBS
#TeknologiSukanPermotoran
#IKSN
#ProfessionalTerunggul
#TVETILKBS
#MalaysiaMADANI
