ASEAN YOUTH ON SUMMIT AT PHILIPPINES

    ASEAN YOUTH ON SUMMIT AT PHILIPPINES

    4-7 Ogos 2026 Pasay City, Filipina
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada MOHD FAHMI HANAFI JACKSON BOYD, wakil IKTBN Pagoh yang telah terpilih sebagai salah seorang daripada hanya tiga (3) wakil Malaysia untuk menyertai ASEAN Youth Summit on Digital Resilience and Responsible Use of New Technologies, yang berlangsung di Philippine International Convention Center (PICC), Pasay City, Filipina.
    Program yang dianjurkan dalam kerangka ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) ini menghimpunkan pemimpin belia, pembuat dasar, pakar industri, wakil masyarakat sivil serta rakan pembangunan antarabangsa dari seluruh ASEAN bagi membincangkan isu-isu berkaitan:

    - Digital Resilience & Digital Literacy
    - Keselamatan dan etika dalam ruang digital
    - Kecerdasan Buatan (AI) dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab
    - Cybersecurity dan ancaman digital
    - Ekonomi digital serta masa depan pekerjaan belia
    - Digital well-being dan cabaran dunia hiper-terhubung
    - Penglibatan belia dalam pembentukan dasar dan tadbir urus digital

    Lebih membanggakan, penyertaan ini bukan sahaja mengangkat nama IKTBN Pagoh di peringkat ASEAN, malah membuka peluang kepada jaringan strategik bersama pemimpin belia, pakar teknologi dan organisasi serantau. Pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini pastinya dapat dikongsi dan diterjemahkan kepada warga IKTBN Pagoh, khususnya dalam memperkukuhkan agenda TVET, transformasi digital, Industri 4.0, penggunaan AI serta pembangunan belia yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi perubahan teknologi. 

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.