- Radziah
- IKTBN PAGOH
- Hits: 25
πππππππ ππππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππππ πππππ ππππ π
3-5 Ogos 2026 : Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKTBN Pagoh telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kurikulum Latihan Kemahiran ILKBS Siri 2/2026 di Hotel DβWharf Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 26 orang peserta daripada Tenaga Pengajar IKTBN Pagoh, IKTBN Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKBN Bandar Penawar, IKBN Wakaf Tapai dan IKBN Jitra.Β
Siri 2 ini dibimbing oleh Fasilitator Encik Badrulhisyam bin Ismail daripada IKBN Peretak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang Pembangunan Soalan Penilaian, Struktur Kurikulum (SK) dan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (WIM). Objektif utama pelaksanaan bengkel Siri 2 ini Β adalah meneruskan kesinambungan kerja daripada Bengkel Siri 1 iaitu untuk membangunkan, menyemak dan memurnikan semula Penilaian Kerja Kursus (PKK), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peperiksaan Akhir Teori dan Prestasi yang menggunakan NOSS sedia ada dan juga NOSS versi baharu.Β
Dengan terlaksana Bengkel Pemantapan Kurikulum Latihan Kemahiran ILKBS untuk Siri 1 dan Siri 2 bagi Tahun 2026 ini maka akan terhasil set dokumen Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (WIM) yang lengkap dan boleh digunapakai oleh semua ILKBS dengan berkesan, berkualiti dan tersusun.Β
