27 Jun 2026 IKTBN Pagoh, Johor – Kursus Asas Pencetakan Produk telah berjaya dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengendalian mesin pencetak serta proses menghasilkan bahan cetakan yang berkualiti.
Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran teknikal peserta selaras dengan perkembangan teknologi dalam bidang percetakan. Program ini adalah program anjuran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh dengan kerjasama ahli Kelab Belia Mahir Bandar Pagoh dan telah disertai oleh 22 Orang peserta luar.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada pengenalan mesin pencetak, prosedur pengendalian yang betul, penyediaan bahan dan tetapan mesin sebelum proses pencetakan dijalankan. Selain itu, peserta turut menjalani latihan amali bagi mengendalikan mesin secara langsung di bawah bimbingan tenaga pengajar, di samping mempelajari aspek penjagaan mesin dan amalan keselamatan di tempat kerja.
Melalui kursus ini, peserta berjaya memperoleh pengetahuan asas serta kemahiran praktikal berkaitan mesin pencetakan 3D. Diharapkan program seumpama ini dapat melahirkan lebih ramai individu yang mahir, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri pencetakan yang semakin berkembang.
