15–16 Jun 2026 | Bilik ICT, IKTBN Pagoh
Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 bertempat di Bilik ICT, IKTBN Pagoh. Kursus ini telah disertai oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Juruaudit Dalaman serta Jawatankuasa Penyedia dan Pemegang Dokumen. Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman serta meningkatkan kompetensi warga institut dalam pelaksanaan dan pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015.
Kursus telah dikendalikan oleh penceramah jemputan khas daripada SIRIM Academy, iaitu En. Burhan Noor bin Din, yang berpengalaman luas dalam bidang sistem pengurusan kualiti dan pengauditan.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan:
• Standard Prosedur Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
• Kaedah pelaksanaan pengauditan dalaman
• Penerangan klausa 4 hingga klausa 10 dalam Standard ISO 9001:2015
• Pengurusan risiko dalam organisasi
• Latihan dan aktiviti berkumpulan bagi mengukuhkan pemahaman peserta
Melalui kursus ini, para peserta berpeluang meningkatkan kefahaman mengenai keperluan standard ISO 9001:2015 serta memperkukuhkan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang lebih sistematik, berkesan dan selaras dengan amalan terbaik organisasi.
