
25 Sept 2025 | Khamis - Suasana penuh meriah dan bersemangat mewarnai Hari Kerjaya yang berlangsung hari ini dengan kehadiran ratusan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan belia dan bakal graduan di IKTBN Pagoh.
Seawal pagi, orang ramai telah membanjiri sekitar Dewan Karisma, IKTBN Pagoh dengan wajah yang ceria dengan penuh harapan untuk menghadiri sesi temuduga terbuka. Sebanyak 10 buah syarikat terkenal dari pelbagai sektor dan lebih 500 kekosongan peluang pekerjaan telah ditawarkan untuk para pengunjung. Majlis diserikan lagi dengan :
>Sesi Pertukaran MoU antara 4 ILKBS bersama 10 syarikat Industri
> Penyampaian hadiah Pagoh Innovation and Technology Competition (PITEC) 2025
> Juara Keseluruhan : Coconut Coil Decomposer
> Sesi Penyerahan Tawaran Pekerjaan Kepada Belia Berjaya
Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mustaffa Kamal Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang. Turut hadir sama memeriahkan majlis YBrs. Puan Suzana Mohammed Zohdi, Pengarah IKTBN Pagoh, Encik Mohd Saifudin Mohd Nor, Pengurus PERKESO Daerah Muar dan Puan Liyana binti Haminudin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
Pelbagai aktiviti menarik untuk belia dan masyarakat setempat seperti Temuduga Terbuka, Ceramah Kerjaya, Sesi Bual Bicara Ikon Belia, Pameran Kerjaya, Try a Skill, Outdoor Games, Jualan Rahmah dan Foodtruck.
Syabas dan Tahniah kepada semua rakan ILKBS Selatan, Syarikat dan Industri.
Terima Kasih kepada belia dan masyarakat setempat.