
Sempena Hari Cuci Malaysia 2025, warga IKTBN Pagoh berganding bahu bersama komuniti setempat bagi menjayakan program gotong-royong khidmat masyarakat. Program ini telah disempurnakan dengan perasmian oleh Pengarah IKTBN Pagoh, Pn. Suzana Binti Mohammed Zohdi serta turut dihadiri Timbalan Pengarah Latihan & Pengurusan, En. Hisam Bin Adam dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Pn. Suraya Binti Shuhaimi.
Antara pengisian menarik di sekitar IKTBN PAGOH
> Senamrobik dikendalikan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muar
> Gotong-royong pembersihan di kawasan asrama, masjid & kuartes oleh warga IKTBN Pagoh
> Aktiviti pengasingan bahan kitar semula
Mari kita sama-sama memelihara kelestarian bumi sambil mengeratkan ukhuwah komuniti!