HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN PAGOH 2025

    HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN PAGOH 2025

     

    11 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara dimulakan dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai aktiviti pemanas badan dan galakan kepada peserta sebelum memulakan larian.

    Seterusnya, acara Fun Run sejauh 3 kilometer telah dilepaskan oleh Timbalan Pengarah Latihan dan Pengurusan, En Mohmed Hisam bin Adam sebagai simbolik pelancaran program. Aktiviti ini berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IKTBN Pagoh.

    Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti fizikal serta memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan pelajar dan staf institusi.

     

     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.