PERSIJILAN ISO 9001:2015 DARIPADA SIRIM DI IKTBN PAGOH BAGI TAHUN 2025

    PERSIJILAN ISO 9001:2015 DARIPADA SIRIM DI IKTBN PAGOH BAGI TAHUN 2025

    9 Oktober 2025 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga IKTBN Pagoh atas Persijilan ISO 9001:2015. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Induk ISO, Ketua Audit Dalaman, Pegawai Pemegang Dokumen, Pegawai Pengurusan Risiko, serta Pegawai Kepuasan Pelanggan atas komitmen dan kerjasama padu sepanjang sesi audit berlangsung. Semoga kecemerlangan ini terus dikekalkan dalam memastikan sistem pengurusan kualiti IKTBN Pagoh sentiasa berada pada tahap terbaik.

    Sesi Audit Pemantauan oleh pihak SIRIM telah berjalan dengan lancar selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Oktober 2025, melibatkan semakan menyeluruh terhadap semua Standard Prosedur Kualiti (SPK), Manual Kualiti serta dokumen pemegang tanggungjawab berkaitan.

     

     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.