3 Nov 2026, IKTBN Dusun Tua.
IKTBN Pagoh turut menyertai Himpunan Belia TVET MADANI 2026 sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan kemahiran TVET dalam kalangan belia. Penyertaan ini menjadi platform untuk menyemarakkan semangat, memperluas jaringan kerjasama serta mengetengahkan peranan TVET sebagai pemacu masa depan negara.
Antara pengisian sepanjang Himpunan Belia TVET Madani 2026:
- Penyampaian Sijil kepada Peserta WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026
- Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara IKTBN Pagoh dan ORS Technologies Sdn. Bhd.
- Try A Skill - 3D Printing and Scanning
- Pameran Bidang Additive Manufacturing
- Bicara Alumni - Saudari Maswin binti Osman (Graduan Diploma Teknologi Kimpalan IKTBN Pagoh)
Semoga pengiktirafan dan kerjasama strategik ini terus memperkukuh pembangunan bakat serta kecemerlangan TVET negara.
