π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—”π—‘π—¨π—šπ—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—˜π— π—”π—¦ π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ

    π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—”π—‘π—¨π—šπ—˜π—₯𝗔𝗛 π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—˜π— π—”π—¦ π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ

    5 November 2026, Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026 telah berlangsungΒ di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Melibatkan 1,787 peserta di peringkat prakelayakan sebelum 493 peserta terbaik berentap di peringkat akhir merangkumi 58 bidang kemahiran. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Amirul Hakim bin Noradin, pelajar IKTBN Pagoh atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam pertandingan WSMB bagi Bidang Additive Manufacturing. Majlis penyampaian pingat telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Puan Suzana binti Mohamed Zohdi, Pengarah IKTBN Pagoh. Tahniah atas kejayaan yang membanggakan. Semoga terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama IKTBN Pagoh.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.