- Radziah
- IKTBN PAGOH
- Hits: 100
ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) KE 21 TAHUN 2026
12 Sept 2026, PUTRAJAYA - Seramai 4,155 graduan ILKBS menerima pengiktirafan dalam pelbagai peringkat iaitu Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil Lanjutan dan Sijil. Dalam istiadat sidang pertama, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik ILKBS 2025 kepada 17 penerima anugerah. Muhammad Sofwan bin Shidan Graduan Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Acuan Plastik) telah dinobatkan sebagai Anugerah Graduan Terbaik IKTBN Pagoh 2025 sempena Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke 21 Tahun 2026. Muhammad Sofwan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah aktif menyertai pertandingan inovasi dan kemahiran di peringkat kebangsaan. Manakala syarikat SD Guthrie Berhad menerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan 2025.
Istiadat ini menjadi simbolik kejayaan dan pencapaian para graduan ILKBS yang telah menamatkan pengajian serta latihan kemahiran dengan penuh dedikasi dan ketekunan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar ILKBS untuk terus melakar kecemerlangan di masa hadapan.
