7– 8 September 2026, IKTBN PAGOH - Sesi Audit Pemantauan 2 oleh Dr. Mani Maaran a/l Krishnan dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah berjalan lancar selama 2 hari. Ia melibatkan semakan menyeluruh terhadap Standard Prosedur Kualiti (SPK), Manual Kualiti (MK) serta sesi bersemuka bersama auditee yang berkaitan. Sesi Audit dimulakan dengan sesi pembukaan mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Pagoh. Jabatan Teknologi Pemesinan Am menjadi pilihan Auditor untuk semakan dokumen kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Semakan juga dibuat ke atas Prosedur Kajian Kepuasan Pelajar, Audit Dalaman, Pengurusan Risiko, Maklumbalas Pelanggan dan Pengurusan Pelajar. Sesi audit di akhiri dengan mesyuarat penutup yang diadakan pada waktu petang hari ke-2. Auditor membentangkan segala maklumbalas dan penemuan sepanjang sesi audit dijalankan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga IKTBN Pagoh, Jawatankuasa Induk ISO, Ketua Audit Dalaman, Pegawai Pemegang Dokumen, Pegawai Pengurusan Risiko, serta Pegawai Kepuasan Pelanggan atas komitmen dan kerjasama padu sepanjang sesi audit berlangsung.
Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan untuk memastikan Sistem Pengurusan Kualiti di IKTBN Pagoh sentiasa pada tahap yang terbaik.
