22 Ogos 2026 - Buat julung kalinya, Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara Tahun 2026 telah berjaya dianjurkanΒ bertempat di IKTBN Pagoh, melibatkan penyertaan daripada 4 buah institut yang tampil dengan semangat dan kesungguhan yang tinggi.
Empat institut yang terlibat ialah:
Para peserta telah berentap dalam 5 acara sukan yang dipertandingkan;
Acara yang berlangsung di Dewan Karisma dan Gelanggang Bola Tampar IKTBN Pagoh bukan sahaja menyaksikan persaingan sengit antara peserta, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kerjasama dan memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan warga TVET. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat kesukanan, disiplin, persahabatan dan pengalaman yang dibina sepanjang pertandingan menjadi nilai yang paling bermakna.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ADTEC JTM Kampus Tangkak yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan karnival sukan dan selaku tuan rumah penganjuran karnival sukan bagi tahun 2027. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, urus setia serta semua pihak yang terlibat diatas komitmen dan sokongan dalam menjayakan penganjuran sulung ini.
Tahniah kepada semua! Jumpa lagi di Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara yang akan datang!
βSukan Menyatukan, TVET Memacu Kecemerlangan!β
Β
