KEM MPP PERDANA ILKBS ZON SELATAN 2026

    KEM MPP PERDANA ILKBS ZON SELATAN 2026

    11 – 14 Jun 2026 | Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak

    Seramai 18 orang pelajar IKTBN Pagoh telah menyertai Kem MPP Perdana ILKBS Zon Selatan 2026 yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak. Program yang dianjurkan oleh IKTBN Alor Gajah selaku tuan rumah ini menghimpunkan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada beberapa institusi ILKBS, termasuk IKTBN Chembong, IKBN Bandar Penawar dan IKBN Miri.
    Sepanjang empat hari program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti berimpak tinggi yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan, pembinaan pasukan, komunikasi berkesan, pengurusan organisasi, disiplin serta kemahiran menyelesaikan masalah.Penyertaan dalam program ini bukan sahaja memperkukuh pengetahuan dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan jaringan kerjasama serta semangat kebersamaan antara institusi ILKBS di Zon Selatan.
    Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang program ini dapat diterapkan dalam pelaksanaan amanah sebagai pemimpin pelajar yang berintegriti, berwibawa dan mampu membawa perubahan positif kepada institusi serta masyarakat. Syabas dan tahniah kepada semua peserta IKTBN Pagoh yang telah mengharumkan nama institusi.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.