KEMENANGAN IKTBN PAGOH DI PERTANDINGAN RISE 2026

    KEMENANGAN IKTBN PAGOH DI PERTANDINGAN RISE 2026

    11 Jun 2026 | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Inovasi IKTBN Pagoh atas kejayaan dalam International Research and Innovation Symposium Competition (RISE 2026) yang dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat yang berlangsung selama 2 hari (10 - 11 Jun 2026). Dalam pertandingan berprestij ini, IKTBN Pagoh telah mempertaruhkan projek akhir pelajar Diploma dan telah berjaya meraih 3 Pingat Emas, 3 Pingat Perak serta 1 Industry Special Award, sekali gus membuktikan kecemerlangan budaya inovasi dan kreativiti warga institut di peringkat antarabangsa.

    PINGAT EMAS
    1. GrandValve Auto Machine
    2. Sand Blasting
    3. Mesin Perah Limau
    PINGAT PERAK
    1. Pellet Machine
    2. Fries Cutter
    3. Small Jig Hand Tap
    INDUSTRY SPECIAL AWARD
    1.Fries Cutter

    Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam menghasilkan inovasi yang berimpak serta memenuhi keperluan industri semasa. Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada tenaga pengajar, pelajar dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa budaya inovasi dan kecemerlangan TVET ILKBS khususnya di IKTBN Pagoh. Inovasi Memacu Kecemerlangan, IKTBN Pagoh Gemilang 2026.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.