Pada 19 – 20 Mei 2026, IKTBN Pagoh telah menyertai Program Projek Sulam CEDS 2026: Kursus Asas Perisian Sebagai Perkhidmatan (Canva) bertempat di Perpustakaan Gunasama Hub Pendidikan Tinggi Pagoh. Seramai 66 orang pelajar bersama 8 orang pegawai IKTBN Pagoh telah menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran digital serta mempelajari penggunaan Canva dalam menghasilkan reka bentuk kreatif dan profesional.
Terima kasih kepada Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atas penganjuran program yang bermanfaat ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam dunia pembelajaran dan kerjaya pada masa hadapan.
