PENILAIAN ANUGERAH INSTITUT TERBAIK ILKBS 2026 (AIT 2026)

    PENILAIAN ANUGERAH INSTITUT TERBAIK ILKBS 2026 (AIT 2026)

    11 Jun 2026, Khamis ; Alhamdulillah, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh  telah selesai menjalani Penilaian Anugerah Institut Terbaik ILKBS 2026 pada 11 Jun 2026 dengan jayanya. Penilaian ini telah dilaksanakan oleh barisan panel penilai daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia  yang terdiri daripada:
    1. Pn. Marina binti Nafi– Ketua Panel
    2. En. Mohd Hafezffuddin bin Mohd Apandi– Setiausaha
    3. Pn. Wan Normastura binti Abdullah– Ahli Panel
    4. En. Mohd Suhaimi bin Mohd Dau– Ahli Panel
    5. En. Mohd Zaid bin Shamir– Ahli Panel

    Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan panel penilai atas kesudian hadir serta memberikan panduan, penilaian dan perkongsian yang amat bermakna sepanjang proses audit dijalankan. Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh warga IKTBN Pagoh yang telah bertungkus-lumus, bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan setiap urusan sepanjang proses penilaian (AIT 2026) berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan membuahkan hasil yang cemerlang serta terus memacu kecemerlangan IKTBN Pagoh pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.