MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT (LOI) BERSAMA KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

    MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT (LOI) BERSAMA KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

    19 November 2025 (Rabu)-  Kolej Vokasional Segamat, Johor. IKTBN Pagoh hari ini menghadiri majlis menandatangani Surat Niat (LOI) bersama Kolej Vokasional (KV) Segamat bagi mengukuhkan jaringan kolaborasi strategik melibatkan latihan industri, perkongsian kepakaran,  pemindahan teknologi dan pembangunan program TVET. Sesi menandatangani LOI antara IKTBN Pagoh dan KV Segamat telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Pagoh, Puan Suzana binti Mohammed Zohdi dan Pengarah KV Segamat, Encik Rohaizi bin Mokhtar.  Majlis ini turut melibatkan kehadiran beberapa rakan institusi TVET yang lain.
    Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi sejajar dengan agenda pemerkasaan TVET negara

     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.