KURSUS JANGKA PENDEK SD GUTRIE BERSAMA IKTBN PAGOH

    KURSUS JANGKA PENDEK SD GUTRIE BERSAMA IKTBN PAGOH

    Kursus Jangka Pendek SD Guthrie 

    Pagoh,  12 Disember 2025 – Telah berlangsung Kursus Jangka Pendek yang disertai oleh 10 orang kakitangan SD Guthrie anjuran bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh dan SD Guthrie Sdn. Bhd. Kursus dilaksanakan sebanyak 5 siri bermula 7 November 2025 dan berakhir pada 12 Disember 2025. Para peserta diberi pendedahan dan latihan kepada penggunaan mesin peralatan seperti SMAW, GMAW, Lathe dan Turning mesi dengan penglibatan pengajar dari Jabatan Kimpalan, Jabatan Pemesinan Am dan Jabatan Alatan dan Acuan serta urusetia dari Cawangan Program Khas IKTBN Pagoh.

    Sepanjang kursus berlangsung,  para peserta telah diberikan penerangan tentang bahan kerja yang perlu mereka siapkan. Bahan kerja yang diberikan merangkumi semua aspek kemahiran yang telah mereka pelajari sepanjang kursus ini berlangsung.  Pada akhir kursus ini, semua peserta berjaya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan bimbingan tenaga pengajar yang berdedikasi dan berpengalaman.
    Penganjuran kursus ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada peserta untuk mengasah kemahiran mengimpal serta memantapkan kecekapan kerja dalam bidang industri. 

    Semoga kursus dan kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang mekanikal, seterusnya menyumbang kepada kemajuan industri dan negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.