PITEC 2026

    PITEC 2026

    2 April 2026, Khamis : IKTBN Pagoh telah menganjurkan PITEC 2026 untuk mempertandingkan ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฎ ๐—œ๐—ž๐—ง๐—•๐—ก ๐—ฃ๐—ฎ๐—ด๐—ผ๐—ต yang ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป & ๐—œ๐—ฅ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ.ย Sebanyak 63 projek inovasi dipertandingkan dengan 221 pelajar terlibat. PITEC dianjurkan sebagai platform untuk menggalakkan pelajar mencipta projek akhir yang relevan dengan teknologi dan keperluan industri semasa. Lantikan 4 orang panel dari UTHM & ADTEC JTM KAMPUS TANGKAK dijemput sebagaiย endorsement dan pengiktirafan dari pihak luar. Semoga semua pelajar ini lulus cemerlang dalam penilaian akhir oleh Pegawai Penilai Luar yang dijangka pada 2 minggu dari sekarang.
    Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi idea baharu, malah turut menggalakkan budaya inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Selain itu, ia juga membuka peluang kepada peserta untuk mengembangkan projek mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan berpotensi dikomersialkan.ย 
    Secara keseluruhannya, penganjuran PITEC 2026 telah mencapai objektifnya dalam memupuk semangat inovasi dan memperkasakan kemahiran teknikal dalam kalangan peserta. Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan di kemudian hari bagi melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten, kreatif dan berdaya saing selaras dengan keperluan semasa industri negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.