12 Mac 2026, Khamis : Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor 2026 bertempat di Masjid Seri Pulai Perdana Johor Bahru, Johor. Program tersebut melibatkan acara Tadarus dan Khatam Al-Quran serta Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Azan dan Pertandingan Nasyid. Seramai 32 orang pelajar IKTBN Pagoh terlibat dalam program tersebut sambil diiringi dua orang pegawai iaitu Ustazah Fara Nadia binti Md Zin dan Encik Mohd Hisyam bin Ab Hanib.
Alhamdulillah, IKTBN Pagoh telah berjaya membawa pulang kemenangan:
1. Johan Pertandingan Nasyid
2. Johan Perujian Tilawah Al-Quran Wanita
3. Tempat Kedua Pertandingan Azan
4. Tempat Kedua Tilawah Al-Quran Lelaki
5. Tempat Kedua Tilawah Al-Quran Wanita
6. Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran Wanita
Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya. Tahniah pelajar2 IKTBN Pagoh.
