26 Jun 2026 (Jumaat) – 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗕𝘂𝗮𝗹 𝗕𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡 𝗣𝗮𝗴𝗼𝗵 telah menampilkan 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝘀𝗵𝗿𝗮𝗳𝗳𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗮𝘇𝗶, 𝗮𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡 𝗣𝗮𝗴𝗼𝗵 yang kini merupakan 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗩𝘂𝗹𝗰𝗮𝗻 𝗔𝘂𝘁𝗼𝘀𝗲𝗿𝘃𝗶𝗰𝗲. Beliau berkongsi pengalaman, pencapaian, cabaran serta perjalanan kerjaya kepada para pelajar IKTBN Pagoh sebagai panduan dalam merancang hala tuju selepas tamat pengajian.
31 Julai 2026 (Jumaat) – 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗔𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡 𝗣𝗮𝗴𝗼𝗵 pula disampaikan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹 𝗯𝗶𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝘇𝗺𝗶, 𝗮𝗹𝘂𝗺𝗻𝗶 𝗜𝗞𝗧𝗕𝗡 𝗣𝗮𝗴𝗼𝗵 yang kini berkhidmat sebagai 𝗘𝘅𝗲𝗰𝘂𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗢𝗘𝗠 & 𝗧𝗼𝗹𝗹 𝗕𝗹𝗲𝗻𝗱 𝗱𝗶 𝗨𝗠𝗪 𝗟𝘂𝗯𝗲𝘁𝗲𝗰𝗵 𝗦𝗱𝗻. 𝗕𝗵𝗱. Kedua-dua alumni ini berkongsi pengalaman dan kejayaan sepanjang perjalanan kerjaya, di samping memberikan motivasi serta gambaran sebenar mengenai cabaran dan peluang dalam dunia industri.
Penganjuran kedua-dua program ini turut memperkukuhkan hubungan silaturahim antara alumni dan warga IKTBN Pagoh, selain menjadikan alumni sebagai inspirasi serta ikon kejayaan kepada para pelajar. Semoga perkongsian yang diberikan dapat menyuntik motivasi, meningkatkan keyakinan diri dan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran serta kerjaya pada masa hadapan.
