31 Ogos 2026 (Isnin), Satu penghormatan dan kebanggaan buat warga IKTBN Pagoh apabila para pelajar telah diamanahkan untuk mengiringi serta melakukan perarakan masuk Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor Tahun 2026.
Perarakan penuh bermakna ini telah berlangsung dalam suasana penuh patriotisme dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Johor serta para tetamu kenamaan. Kepercayaan yang diberikan ini membuktikan bahawa pelajar IKTBN Pagoh bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran, malah turut mempunyai disiplin, semangat berpasukan dan jati diri yang tinggi. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar serta warga yang terlibat atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan sambutan penuh bersejarah ini.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
