- Adzrimie
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 7
KURSUS JANGKA PENDEK FUTURE YOUTH SKILLS TVET SUKAN: PENYELENGGARAAN SISTEM PENGAIRAN PADANG
📍 Kuala Lumpur | 27 - 29 Oktober 2026
Seramai 19 pelajar dari IKBN Wakaf Tapai, Terengganu telah menyertai Kursus Jangka Pendek Future Youth Skills TVET Sukan: Modul Kursus Penyelenggaraan Sistem Pengairan Padang yang berlangsung selama tiga hari di Stadium Nasional Bukit Jalil & Stadium Hoki Bukit Jalil.
🤝 Anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia dan Jabatan Teknologi Awam (Pemasangan Paip), IKBN Wakaf Tapai, kursus ini memberikan pendedahan teori dan latihan amali berkaitan penyelenggaraan sistem pengairan padang.
🛠️ Antara kemahiran yang dipelajari termasuk pemeriksaan dan penyelenggaraan sprinkler, injap, paip serta sambungan, pengujian operasi sistem dan penyediaan laporan penyelenggaraan asas.
🚀 Daripada kemahiran kepada peluang kerjaya! Kursus ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi belia, malah membuka ruang kepada potensi keusahawanan dan penjanaan pendapatan dalam bidang penyelenggaraan fasiliti sukan.
💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
🏆 ILKBS Profesional Terunggul
#KJPTVETSukan #TeamILKBS #TeamKBS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI
