7 Januari 2026, Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai - Sebuah program pertunjukan fesyen peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai telah berjaya dianjurkan bagi mengetengahkan bakat pereka fesyen muda dalam kalangan pelajar Diploma Rekaan Fesyen dan Pakaian. Program ini menjadi platform penting untuk pelajar mempersembahkan hasil rekaan kreatif mereka kepada umum.
Pelbagai koleksi busana dipersembahkan tiga kategori pakaian seperti custom, costume & drapping dengan menampilkan idea segar yang menggabungkan elemen tradisional, moden dan kontemporari. Pertunjukan ini bukan sahaja mencerminkan kemahiran teknikal pelajar, malah menyerlahkan potensi mereka sebagai pereka fesyen masa hadapan.
Penganjuran program ini diharap dapat memberi pendedahan industri kepada pelajar serta melahirkan lebih ramai pereka fesyen muda yang berdaya saing dan berkualiti untuk pasaran fesyen tempatan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ikbnwakaftapai#PDRM#ILKBS# MalaysiaMadani#MADANIBekerja#RancakkanMADANI
