PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA PENGARAH IKBN WAKAF TAPAI BILANGAN 5/2025

    PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA PENGARAH IKBN WAKAF TAPAI BILANGAN 5/2025

    🗓️18 Disember 20205 (Khamis)

    🕗08.00 pagi

    🏫Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai

     

    Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah IKBN Wakaf Tapai Bilangan 5/2025 telah diadakan pada hari ini yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), IKBN Wakaf Tapai. Antara aktiviti yang turut diadakan dalam perhimpunan kali ini ialah:

     

    i.  Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT)

     

    ii. Penyampaian Sijil Penghargaan Juruaudit Dalaman IKBNWT Sesi 2025.

     

    iii. Penyampaian Penghargaan Ahli Jawatankuasa Kecil Pemantauan IKBNWT 2024/2025

     

    iv. Penyampaian Hadiah Pertandingan Sudut EKSA terbaik.

     

    v. Penyampaian Sijil Penyertaan Karnival Kesenian Islam TVET Zon Pantai Timur 2025.

     

    vi. Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026.

     

    Tuan Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar yang telah memberikan komitmen sepanjang program dan aktiviti yang diadakan serta turut menitipkan beberapa pesanan kepada semua agar terus  komited dalam mencapai matlamat ILKBS dengan meneruskan kejayaan dalam TVET dan bina insan. Majlis diakhiri dengan Alunan khas zanji dari pasukan Berzanji IKBNWT.

     

    #TVET Pilihan Utama Kerjaya

    #ProfesionalTerunggul

    #TvetILKBS

    #ikbnwakaftapai

    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.