- Dzulkifli Bujang
- BPKB
- Hits: 67
Hari Kerjaya TVET ILKBS 2025 Buka Laluan Kerjaya Baharu Belia di Borneo
Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Borneo 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah bertempat Permy Mall, Miri, Sarawak. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, yang turut menyaksikan sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dan surat hasrat kerjasama (LoI) antara ILKBS dan pihak industri.
Program ini bukan sekadar medan mencari kerjaya, tetapi platform strategik yang mempertemukan bakat belia dengan peluang pekerjaan, menghubungkan institusi latihan dengan industri, serta memperkukuh agenda pembangunan modal insan negara.
Turut hadir Tuan Mohamad Mazlan bin Anis, Pengarah IKBN Miri, Tuan Muhammad Nazri bin Tumin, wakil IKBN Kinarut dan Puan Nurun Naha binti Subin, wakil BPKB, KBS.
Tahniah kepada semua peserta dan rakan kolaborasi yang telah menjayakan program ini! 

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul